neon glow bannerAndalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. 9, Jln. Belangkas,
Off Jalan Kampung Pandan,
Taman Maluri,
55100 K. Lumpur

office (03) 9283-1588
fax (03) 9283-7566
hunting (03) 9285-4530

Pakej umrah yang disediakan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.:

 

Umrah Biasa
Umrah Cuti Sekolah
Umrah dan Pelancongan
Umrah Ramadhan

Isi borang

Aturcara Perjalanan

Hari 01: Kuala Lumpur - Jeddah

Jemaah bertolak dari KLIA dan disambut oleh mutawwif dan pegawai Andalusia setiba di Jeddah. Jemaah dibawa ke Madinah dengan menaiki bas ke hotel.

Hari 02 dan Hari 03: Madinah (Ziarah Dalam/ Ziarah Luar)

Jemaah bertolak untuk ziarah selepas sarapan pagi.

Ziarah Dalam
Ziarah makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat
Raudhah, dan
Perkuburan Baqi'

Ziarah Luar
Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, masjid Tujuh
Jabal Uhud
Bazar kurma/ ladang kurma

Jemaah dinasihatkan mengutamakan bersolat di Masjid Nabawi sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.
"Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram"

Ziarah Pilihan Penemuan Baru
Masjid Tikar, Gua Uhud
Kilang Al Quran dan Lapangan Magnet

Jika ada masa jemaah boleh berunding dengan mutawwif untuk ziarah dengan kos tambahan

Hari 04: Madinah - Makkah

Jemaah ziarah wida' di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah dengan bas. Sebelum bertolak, jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah, iaitu tawaf Baitullah, sa'i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di Masjidil Haram.

Hari 05 - Hari 10: Makkah

(Waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah). Selepas sarapan, jam 6.30 pagi jemaah berkumpul di lobi hotel untuk ziarah:-

Ziarah Luar
Jabal Thur
Arafah, Jabal Rahmah
Muzdalifah
Mina (tempat melontar Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta)
Jemaah akan dibawa ke Ja'ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah
Jabal Nur

Umrah Tanaim
(Waktu dan ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah)
Jemaah akan dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) untuk bermiqat (niat mengerjakan umrah) dan seterusnya kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadah umrah.

Waktu-waktu Lapang dan Umrah
Selain dari mengikut ziarah pilihan, jemaah bebas mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Pada Kaabah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat Ka'abah"

Ziarah Pilihan Jemaah
(Waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah)

Ziarah Hudaibiyah
Ziarah di tempat-tempat bersejarah di Hudaibiyah (Syumaisi), perigi Saidina Othman dan Masjid Lama
Melawat ladang unta dan membeli susu unta
Muzium 2 masjid - Masjid Nabawi dan Masjidil Haram) dan Kiswah (kilang kelambu Ka'abah) Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi.
Jemaah akan dibawa bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah.
(Lawatan ini tidak termasuk dalam harga pakej. Sekiranya ingin pergi jemaah boleh berunding dengan mutawwif dengan perbelanjaan tambahan SR30)

Ziarah Gua Hira'
Sekiranya ada permintaan jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat Gua Hira', iaitu tempat Rasulullah s.a.w. menerima wahyu yang pertama pada waktu malam selepas Isya'.
(perbelanjaan tambahan SR10 seorang. Jemaah dinasihatkan membawa kasut dan pakaian yang sesuai serta mesti mempunyai kesihatan yang baik untuk mendaki Gua Hira' yang biasanya pada waktu malam - selepas isya').

Hari 11 - 12: Makkah - Jeddah - Kuala Lumpur

Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida' sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudiannya akan dibawa ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan ke KLIA.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadual Umrah

Umrah Bulan Julai 2008

Tarikh Harga Dari* (RM)
9 Jul - 20 Jul 5,510
9 Jul - 21 Jul 5,610
11 Jul - 23 Jul 5,610
25 Jul - 6 Aug 5,610
29 Jul - 13 Aug 5,890
30 Jul - 10 Aug 5,510

Umrah Bulan Ogos/ Cuti Sekolah 2008

Tarikh Harga Dari* (RM)
1 Aug - 13 Aug 5,610
2 Aug - 14 Aug 5,610
8 Aug - 20 Aug 5,610
9 Aug - 21 Aug 5,610
10 Aug - 25 Aug 6,125
13 Aug - 25 Aug 5,810
14 Aug - 25 Aug 5,390
14 Aug - 28 Aug 5,490
15 Aug - 24 Aug 5,390
16 Aug - 28 Aug 5,810
16 Aug - 26 Aug 5,390
17 Aug - 28 Aug 5,810
17 Aug - 1 Sept 6,225
18 Aug - 31 Aug 5,810


Umrah Sambut Ramadhan

Tarikh Harga Dari*
21 Aug - 4 Sep 5,490
23 Aug - 3 Sep 5,790
25 Aug - 5 Sep 5,790
 

Umrah Awal Ramadhan

Tarikh Harga Dari*
28 Aug - 10 Sep 6,390
31 Aug - 14 Sep 6,490
 

Umrah Pertengahan Ramadhan 

Tarikh Harga dari*
4 Sep - 15 Sep 6,710
5 Sep - 19 Sep 6,910
6 Sep - 18 Sep 6,910
7 Sep - 20 Sep 6,910
8 Sep - 21 Sep 7,010
11 Sep - 22 Sep 7,010

Umrah Akhir Ramadhan

Tarikh Harga Dari*
13 Sep - 26 Sep 7,310
15 Sep - 28 Sep 7,610
19 Sep - 10 Okt 7,690
20 Sep - 4 Okt 7,710
22 Sep - 6 Okt 7,710

Sambut Aidilfitri

Tarikh Harga Dari*
25 Sep - 9 Okt 6,010
26 Sep - 11 Okt 6,010
 
* Harga pakej untuk kanak-kanak
Umur Kanak-kanak Harga (RM)
1 hari - 2 tahun 1,300 hingga 1,700
2 tahun ke atas hingga 12 tahun 80% daripada harga pakej

Harga Pakej Umrah Termasuk:

  • Pengurusan
    • tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
    • penginapan di Tanah Suci (Makkah/ Madinah)
    • makanan dan minuman (masakan Melayu)
    • kenderaan semasa di Tanah Suci (bas berhawa dingin)
    • lawatan dan ziarah tempat bersejarah di Makkah dan Madinah
    • khidmat mutawif/ wakil di Tanah Suci
    • kursus dan bimbingan sebelum berlepas/ semasa di Tanah Suci
    • khidmat muassasah dan visa umrah
          
  • Cenderamata
    • beg sandang besar
    • beg sandang kecil
    • beg kain sandang
    • buku panduan umrah
    • bekalan ubat asas
    • air zam zam 10 liter
    • hamper kecil makanan/ minuman

Perlindungan Pelan Takaful Keluarga Berkelompok 

kematian kemalangan RM10,000
kematian biasa RM10,000
keilatan kekal seluruh tubuh badan RM10,000
perbelanjaan pengkebumian RM 3,000
manfaat wad hospital akibat sakit/kemalangan                 RM 50/H    
(bagi jemaah yang berumur 75 tahun ke bawah)