neon glow bannerAndalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. 9, Jln. Belangkas,
Off Jalan Kampung Pandan,
Taman Maluri,
55100 K. Lumpur

office (03) 9283-1588
fax (03) 9283-7566
hunting (03) 9285-4530

Aturcara Perjalanan

Hari 1: Kuala Lumpur/ Bangkok/ Amman
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Bangkok. Dari Bangkok bertolak ke Amman.

Hari 2: Amman/ Jeddah
Tiba di Queen Alia Airport. Selepas sarapan pagi, lawatan ke Gua Ashabul Kahfi, Laut Mati, Makam Nabi Shuaib a.s.. Selepas lawatan rombongan ke airport untuk bertolak ke Jeddah. Dari Jeddah bertolak ke Madinah dengan bas.

Hari 3 - 4: Madinah (Ziarah Dalam/ Luar)
Selepas sarapan pagi jemaah berkumpul di lobi untuk ziarah:-

    a.    Ziarah Dalam
            i.    Ziarah makam Rasulullah s.a.w. dan makam para sahabat
            ii.   Raudhah
            iii.  Perkuburan Baqi'

    b.    Ziarah Luar
            i.    Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh
            ii.   Jabal Uhud
            iii.  Bazar kurma/ ladang kurma

    c.    Ziarah Pilihan Penemuan Baru
            i.    Masjid Tikar, Gua Uhud
            ii.   Kilang Al Quran dan Lapangan Magnet

Hari 5: Madinah - Makkah
Jemaah dinasihatkan membuat ziarah wida di makam Rasulullah s.a.w. sebelum berangkat ke Makkah dengan bas. Sebelum bertolak jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di Masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah, jemaah mendaftar untuk penginapan. Kemudian jemaah dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah - tawaf Baitullah, sa'ie dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah dalam Masjidil Haram.

Hari 6 - 14: Makkah
Selepas sarapan pagi jemaah berlepas untuk ziarah:

            Ziarah Luar
            i.    Jabal Thur, Arafah
            ii.   Jabal Rahmah
            iii.  Jabal Nur
            iv.  Muzdhalifah
            v.   Mina (tempat melontar Jamrah)
            vi.  Jemaah akan dibawa ke Ja'ranah untuk bermiqat untuk mengerjakan ibadat umrah.

Umrah Tanaim
Jemaah akan dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina Aisyah) untuk bermiqat (niat mengerjakan umrah) dan seterusnya kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadah umrah.

            Ziarah Pilihan Jemaah (akan dikenakan kos tambahan)
            i.    Ziarah Hudaibiah
            ii.   Ziarah Gua Hira'

Hari 15: Makkah/ Jeddah/ Amman
Daftar keluar hotel. Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida' sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah dibawa ke airport Jeddah untuk penerbangan ke Amman.  Dijangka tiba di Queen Alia Airport untuk transit.

Hari 16: Amman/ Bangkok/ Kuala Lumpur
Jemaah bersiap sedia untuk penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur. Penerbangan ke KLIA.


royal jordanian

Pakej Umrah dan Pelancongan

Pakej Umrah Jordan 2008

Tarikh  Dari 
10 Aug -
25 Aug 2008
RM6,125
17 Aug -
1 Sept 2008
RM6,225
26 Aug -
9 Sept 2008
RM7,225
4 Sept -
4 Okt 2008
RM9,025 (Apartmen)

Nota : Harga, itinerari dan tarikh tertakluk kepada pindaan 

deposit rm300