neon glow bannerAndalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. 9, Jln. Belangkas,
Off Jalan Kampung Pandan,
Taman Maluri,
55100 K. Lumpur

office (03) 9283-1588
fax (03) 9283-7566
hunting (03) 9285-4530

umrah istanbul

tempat menarik istanbul

Aturcara Perjalanan

Hari 1: Kuala Lumpur - Makkah - Madinah
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Jeddah. Setibanya di airport Jeddah, jemaah dibawa ke Madinah dengan bas.

Hari 2 dan 3: Madinah (Ziarah Dalam/ Luar)
(Waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Madinah). Selepas sarapan jam 6.30 pagi jemaah berkumpul di lobi hotel untuk ziarah:

    a.    Ziarah Dalam
            i.    Ziarah makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat
            ii.   Raudhah
            iii.  Perkuburan Baqi'

    b.    Ziarah Luar
            i.    Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh
            ii.   Jabal Uhud
            iii.  Bazar Kurma/ Ladang Kurma

    c.    Ziarah Pilihan Penemuan Baru
            i.    Masjid Tikar, Gua Uhud
            ii.   Kilang Al Quran dan Lapangan Magnet

Hari 4: Madinah - Makkah
Jemaah dinasihatkan membuat ziarah wida di makam Rasulullah s.a.w. sebelum berangkat ke Makkah dengan bas. Sebelum bertolak jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di Masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan mendaftar untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sa'ie dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.

Hari 5 - 13: Makkah
(waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah)
Selepas sarapan jam 6.30 jemaah berkumpul di lobi hotel untuk ziarah.

    a.    Ziarah Dalam
            (tertakluk kepada waktu dan keadaan di Masjidil Haram)
            i.    melawat sekitar Masjidil Haram seperti Bukit Abi Kubis
            ii.   melawat tapak rumah Abu Bakar
            iii.  melawat tapak rumah Saidina Omar
            iv.  melawat tapak rumah Siti Khadijah (isteri Nabi)
            v.   melawat tapak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
            vi.  melawat tapak rumah Abu Lahab
            vii. Masjid Jin
            viii.Masjid Syarajah (pokok yang datang bertemu Nabi)
            ix.  Perkuburan Ma'ala (tempat Siti Khadijah dikebumikan)
            x.   Kawasan pasar zink dan Masjid Kucing
            xi.  Bukit Abi Qabis - tempat Hajar Aswad disimpan sebelum diletak di Baitullah.

    b.    Ziarah Luar
            i.    Jabal Thur, Arafah
            ii.   Jabal Rahmah
            iii.  Jabal Nur
            iv.  Muzdhalifah
            v.   Mina (tempat melontar Jamrah)
            vi.  Jemaah akan dibawa ke Ja'ranah untuk bermiqat untuk mengerjakan ibadat umrah.

Hari 14: Makkah - Istanbul
Daftar keluar hotel. Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida' sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah dibawa ke airport Jeddah untuk penerbangan ke Istanbul. Lawatan ke Roman Hippodrome, Masjid Biru, Topkapi Palace dan Camlica Hill untuk melihat panorama di Istanbul

Hari 15 - 17: Istanbul
Selepas sarapan pagi rombongan dibawa menaiki Bosphorus Cruise. Kemudian ke Spice Market (Egyptian Bazaar). Membeli-belah di Grand Bazaar.

Hari 18: Istanbul/ Jeddah
Jemaah ke Istanbul Ataturk Airport untuk bertolak ke Jeddah.

Hari 19: Jeddah
Setibanya di Jeddah jemaah bebas melakukan aktiviti masing-masing sementara menunggu penerbangan ke Kuala Lumpur.

Hari 20: Kuala Lumpur
Penerbangan ke KLIA.


 

Pakej Umrah dan Pelancongan

Pakej Umrah Istanbul 2008

Tarikh  Harga dari Penerbangan
03 Jun - 17 Jun RM7,590 Gulf Air
10 Jun - 24 Jun RM6,690 Saudi

Nota : Harga dan tarikh tertakluk kepada pindaan 
Penerbangan dengan Saudi Arabian Airlines
 

deposit rm300