Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. 9, Jln. Belangkas,
Off Jalan Kampung Pandan,
Taman Maluri,
55100 K. Lumpur
office (03)
9283-1588
fax (03) 9283-7566
hunting (03) 9285-4530
Hari 1: Kuala Lumpur - Riyadh - Kaherah
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke
Riyadh. Selepas transit, seterusnya sambung perjalanan ke Kaherah.
Setibanya di Kaherah, jemaah akan dibawa ke hotel penginapan untuk
daftar masuk.
Hari 2 : Kaherah
Selepas sarapan pagi, dibawa melawat ke Egyptian Museum. Makan
tengahari di restoran tempatan. Jemaah akan berhenti solat di Masjid
Amr Al-Aas yang berusia 1415 tahun. Kemudian akan sambung lawatan ke
3 Pyramids & Sphinx dan Galeri Papyrus. Pulang ke hotel penginapan,
makan malam dan rehat. Tour pilihan : (Sound & Light show USD20 di
Giza Plateau)
Hari 3 : Kaherah
Selepas sarapan pagi, melawat ke kilang minyak wangi, kilang karpet,
Salah El-Dein Citadel & Masjid Mohamed Ali, Gawhara Palace, Al-Azhar
dan Masjid Al Hussein. Kemudian membeli belah di Bazar Khan El
Khalili. Pulang ke hotel, makan malam dan berehat. Tour pilihan
dengan bayaran pilihan USD30, anda berpeluang untuk menyusuri Sg Nil
selama 2 jam.
Hari 4 : Alexandria
Sarapan pagi di hotel. Jemaah dibawa ke Iskandariah (240 km). Di
Iskandariah, jemaah akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik
seperti Catacombs, Pompei's Pillar, Masjid Mursi Abu Abbas, Montazah
Palace & Garden, Quit Bays Fort, Photo Stop di perpustakaan. Dalam
perjalanan pulang jemaah akan berhenti di Cotton Shop. Kemudian
teruskan perjalanan ke Kaherah dan daftar masuk hotel. Makan malam
di hotel.
Hari 5 : Kaherah - Jeddah - Madinah
Selepas sarapan pagi, berangkat ke Lapangan Terbang Kaherah untuk
penerbangan ke Jeddah. Setibanya di Jeddah teruskan perjalanan ke
Madinah dan daftar masuk hotel.
Hari 6 - 7 : Madinah (Ziarah Dalam/ Luar)
(Waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Madinah).
Selepas sarapan jam 6.30 pagi jemaah berkumpul di lobi hotel untuk
ziarah:
a. Ziarah Dalam
i.
Ziarah makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat
ii.
Raudhah
iii.
Perkuburan Baqi'
b. Ziarah Luar
i.
Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh
ii.
Jabal Uhud
iii.
Bazar Kurma/ Ladang Kurma
c. Ziarah Pilihan Penemuan Baru
i.
Masjid Tikar, Gua Uhud
ii.
Kilang Al Quran dan Lapangan Magnet
* Jemaah dinasihatkan mengutamakan bersolat di Masjid Nabawi, seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. : "Pahala sembahyang di masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada di lain-lain masjid kecuali Masjidil Haram"
Hari 8 : Madinah - Makkah
Jemaah dinasihatkan membuat ziarah wida di makam Rasulullah s.a.w.
sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas). Sebelum bertolak jemaah
dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu
(tanpa niat ihram). Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di Masjid
Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh
mutawwif. Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar di tempat
penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk
menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sa'ie dan tahlul.
Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.
Hari 9 - 16: Makkah
(waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah)
Selepas sarapan jam 6.30 jemaah berkumpul di lobi hotel untuk ziarah.
a. Ziarah Luar
i.
Jabal Thur, Arafah
ii.
Jabal Rahmah
iii.
Jabal Nur
iv.
Muzdhalifah
v.
Mina (tempat melontar Jamrah)
vi.
Jemaah akan dibawa ke Ja'ranah untuk bermiqat untuk mengerjakan
ibadat umrah.
Ziarah Pilihan Jemaah
(waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah)
i. Ziarah
Hudaibiyah
- ziarah tempat bersejarah di Hudaibiyah (Syumaisi)
- melawat ladang unta
- melawat ke muzium 2 masjid & kiswah
*tertakluk kepada pihak syarikat mendapat keizinan daripada pihak
berkuasa kerajaan Arab Saudi
Jemaah akan dibawa bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali
ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah.
(lawatan ini tidak temasuk di dalam harga pakej, sekiranya ingin
pergi jemaah boleh berunding dengan ketua rombongan dengan
perbelanjaan tambahan SR30 seorang)
ii. Ziarah Gua
Hira'
Sekiranya ada permintaan, jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur
melihat Gua Hira' iaitu tempat Rasulullah s.a.w. menerima wahyu yang
pertama pada waktu malam selepas Isya'.
(Nota: perbelanjaan tambahan SR15 seorang. Jemaah dinasihatkan
membawa kasut dan pakaian yang sesuai serta mesti mempunyai
kesihatan yang baik untuk mendaki)
Hari 17: Makkah - Jeddah
Daftar keluar hotel. Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida'
sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah dibawa ke airport Jeddah untuk
penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Hari 18: Kuala Lumpur
Dijangka tiba di Kuala Lumpur
| Tarikh | Harga dari | Flight |
| 21 Ogos - 7 Sep | RM7,390 | Saudi |
| 24 Ogos - 13 Sep | RM7,510 | Saudi |
Nota : Harga, itinerari dan tarikh tertakluk kepada pindaan |
||
