neon glow bannerAndalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. 9, Jln. Belangkas,
Off Jalan Kampung Pandan,
Taman Maluri,
55100 K. Lumpur

office (03) 9283-1588
fax (03) 9283-7566
hunting (03) 9285-4530

syria jordan umrah promo

destinasi syria jordan
 

Aturcara Perjalanan (tertakluk kepada perubahan)

Hari 1: K. Lumpur - Bangkok
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Bangkok. Dari Bangkok ke Queen Alia Airport, Amman, Jordan. Lawatan ke kota kuno Petra. Lawatan termasuk The Siq, Jalan Bertiang, The Treasury, Amphitheatre, Jin Blok dll. Daftar masuk hotel.

Hari 2: Amman/ Damsyik
Lawatan ke Gua Ashabul Kahfi dan Laut Mati. Perjalanan ke Damsyik melalui sempadan Syria/ Jordan.

Hari 3: Damsyik/ Amman
Ziarah ke makam Habil dan Gunung Qosiyun. Lawatan ke bandar baru Damsyik, Masjid Umawi, Makam Salahuddin al-Ayobi, Bazaar al-Hamidiah,  & Bab As Saghir. Bertolak ke Amman melalui sempadan Syria/ Jordan untuk penerbangan ke Jeddah.

Hari 4: Amman/ Jeddah
Berangkat ke Jeddah. Setibanya di Jeddah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pegawai Andalusia dan dibawa terus ke Madinah dengan bas.

Hari 5 dan 6: Madinah (Ziarah Dalam/ Luar)
    a.    Ziarah Dalam
            i.    Ziarah makam Rasulullah s.a.w. dan makam para sahabat
            ii.   Raudhah
            iii.  Perkuburan Baqi'

    b.    Ziarah Luar
            i.    Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh
            ii.   Jabal Uhud
            iii.  Bazar kurma/ ladang kurma

    c.    Ziarah Penemuan Baru
            i.    Masjid Tikar, Gua Uhud
            ii.   Kilang Al Quran dan Lapangan Magnet

Hari 7: Madinah/ Makkah
Jemaah dinasihatkan membuat ziarah wida di makam Rasulullah s.a.w. sebelum berangkat ke Makkah. Sebelum bertolak jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram).
Dalam perjalanan jemaah akan singgah di Masjid Bir Ali untuk bemiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sa'ie dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.

Hari 8 - Hari 13: Makkah
    a.    Ziarah Dalam (tertakluk kepada waktu dan keadaan di Masjidil Haram)
            i.    Melawat sekitar Masjidil Haram seperti Bukit Abi Kubis
            ii.   Tapak rumah Abu Bakar
            iii.  Tapak rumah Saidina Omar
            iv.  Tapak rumah Siti Khadijah
            v.   Tapak kelahiran Nabi Muhammad
            vi.  Tapak rumah Abu Lahab
            vii. Masjid Jin
            viii.Masjid Syarajah (pokok yang datang bertemu Nabi)
            ix.  Perkuburan Ma'ala
            x.   Kawasan pasar zink dan masjid kucing
            xi.  Bukit Abu Qabis - tempat Hajar Aswad disimpan sebelum diletak di Baitullah.

    b.    Ziarah Luar
            i.    Jabal Thur, Arafah
            ii.   Jabal Rahmah
            iii.  Jabal Nur
            iv.  Muzdalifah
            v.   Mina (tempat melontar Jamrah)
            vi.  Jemaah ke Ja'ranah untuk bermiqat (umrah)

Hari 14: Makkah/ Jeddah/ Amman
Daftar keluar hotel. Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida' sebelum meninggalkan Makkah. Penerbangan ke Amman.

Hari 15: Amman/ Bangkok
Bertolak ke Bangkok dari Queen Alia Airport.

Hari 16: Kuala Lumpur
Bertolak dari Bangkok ke KLIA.


Pakej Umrah dan Pelancongan

Pakej Umrah Jordan/ Syria 2008

Tarikh  Dari  Flight
04 Jun - 17 Jun RM6,790 Saudi
16 Jun - 01 Jul RM6,690  Royal Jordan
14 Jul - 29 Jul RM6,690  Royal Jordan

Nota : Harga dan tarikh tertakluk kepada pindaan 
 

deposit rm300