neon glow bannerAndalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. 9, Jln. Belangkas,
Off Jalan Kampung Pandan,
Taman Maluri,
55100 K. Lumpur

office (03) 9283-1588
fax (03) 9283-7566
hunting (03) 9285-4530

Proses mengerjakan umrah dengan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.:

Bagi para jemaah yang ingin mengerjakan umrah dengan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (ATTSB), proses yang perlu dilalui adalah seperti berikut:

  1. Pilih tarikh yang bersesuaian

  2. Isi borang

  3. Bayar deposit RM300 setiap seorang dan dapatkan beg kecil, beg besar dan buku panduan

  4. Hadir Kursus yang dianjurkan

  5. Dalam tempoh 1 bulan sebelum bertolak, anda perlu menyerahkan:

    1. Paspot antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan beserta 6 muka surat kosong

  6. 4 keping gambar berwarna berukuran 6cm x 4cm berlatar belakangkan warna putih. Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap). Lelaki tidak digalakkan memakai songkok atau penutup kepala

  7. Kad suntikan ACYW135 @ surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta

  8. Salinan surat nikah bagi wanita yang sudah berkahwin

  9. Salinan kad pengenalan suami bagi wanita yang pergi tanpa suami

  10. Salinan kad pengenalan waris (adik-beradik lelaki sahaja) bagi wanita yang tumpang mahram

  11. Salinan surat beranak bagi perempuan yang bermahramkan bapanya atau adik beradik lelaki

  12. Bagi wanita yang kematian suami sertakan

    1. salinan kad pengenalan anak lelaki berumur 18 tahun ke atas

    2. surat beranak anak lelaki berumur 18 tahun ke atas dan

    3. salinan kad pengenalan diri sendiri, atau

    4. Jika adik beradik lelaki yang memberi persetujuan, sertakan salinan kad pengenalan dan surat beranak diri sendiri dan

    5. salinan kad pengenalan dan surat beranak adik beradik berkenaan

  13. Salinan surat beranak bagi kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 18 tahun

  14. Membuat bayaran penuh/ baki bayaran

  15. Tunggu kelulusan visa

  16. ATTSB akan mengeluarkan surat pengesahan kepada setiap ahli jemaah

  17. Ahli jemaah berada di lapangan terbang 3 jam lebih awal sebelum bertolak. Boarding pass, paspot dan buku suntikan akan diserahkan kepada ahli jemaah. Tiket penerbangan akan disimpan oleh wakil ATTSB

  18. Setibanya di Jeddah, ahli jemaah akan disambut oleh wakil ATTSB


 

andalusia office