Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. 9, Jln. Belangkas,
Off Jalan Kampung Pandan,
Taman Maluri,
55100 K. Lumpur
office (03)
9283-1588
fax (03) 9283-7566
hunting (03) 9285-4530
Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat pengembaraan 100% milik Bumiputera yang dinamik dan berpengalaman luas di dalam menguruskan pakej umrah dan haji serta pelancongan ke destinasi antarabangsa. Kami ingin mengambil peluang ini untuk mengenalkan diri kami di mana kami berharap untuk menjalinkan hubungan perniagaan yang menguntungkan kedua-dua pihak.
Kekuatan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah terletak di dalam wawasan serta komitmen kami kepada pelanggan kami serta niat suci untuk memberi peluang orang ramai khususnya Muslimin mengerjakan umrah dan haji pada kadar harga yang mampu sepanjang tahun.
Di Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. pekerja-pekerja kami adalah terlatih untuk mengendalikan pakej-pakej umrah dan haji serta pelancongan ke lain-lain destinasi antarabangsa. Pekerja-pekerja kami kebanyakannya adalah terlatih dalam bidang pelancongan dan berpengalaman untuk mengendalikan seramai 6000 pelanggan sepanjang tahun 2007.
Oleh itu kami mampu untuk memberikan anda servis serta perkhidmatan terbaik melalui kombinasi terbaik di antara aturcara perjalanan serta harga-harga pakej yang murah serta mampu milik oleh setiap orang.
Berlandaskan kepada ciri-ciri di atas, kami percaya syarikat kami mampu memberikan kepuasan kepada kehendak syarikat tuan/ puan.