andalusia banner

Mukaddimah oleh Pengerusi Eksekutif
Dato' Ustaz Md. Daud b. Che Ngah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji kepada Allah SWT, pemilik mutlak seluruh alam dan hamba-hambanya yang bertakwa serta yang sentiasa memohon keampunan dan keberkatan dari Allah SWT, Tuhan yang menjadikan Ka'abah sebagai qiblat serta sumber keberkatan dan keampunan.

Juga selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga kepada para keluarga, sahabat dan pengikut-pengikut baginda.

Bagi kebanyakkan, ibadah umrah dilakukan sekali seumur hidup...

Sesungguhnya tidak ramai umat Islam boleh melakukan ibadah umrah dengan sempurna kecuali dengan memahami secara mendalam setiap kafiyatnya. Ini adalah kerana ibadah ini bukannya amalan harian atau bulanan atau tahunan seperti ibadah lain yang biasa dilakukan berulang kali. Ibadat umrah biasanya dilakukan sekali seumur hidup. Pada ketika yang sama, amat jarang peserta umrah mempelajari kafiyatnya kecuali ketika saat-saat akhir sebelum hendak berkunjung ke Baitullah. Jadi, bagaimana hendak memahaminya dengan cara yang jelas dan berkesan. Apatah lagi dengan kesuntukan masa dan pemergian yang tergesa-gesa!

Juga perlu diketahui bahawa penunaian umrah oleh seluruh umat Islam di dunia dilakukan mengikut mazhab yang berbeza-beza. Jika dicampur adukkan kafiyat mengikut mazhab berlainan akan menimbulkan pelbagai kekeliruan dan keraguan. Maka ibadah yang dilakukan secara ragu-ragu dan syak tidak sah mengikut Imam Syafi'i.

Tambahan pula, ramai jemaah umrah yang berkunjung ke Makkah dalam bulan Ramadhan dengan amalan solat sunat tarawih yang agak berlainan daripada yang dilakukan di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand. Kebanyakan mereka menghadapi suasana berlainan kerana tarawih yang dilakukan terlalu lama dan ada pula bacaan doa qunut pada setiap waktu sembahyang tarawih. Maka suasana ini kadang-kadang mereka merasa janggal.

Oleh yang demikian, dalam menghadapi cabaran ini Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. mengatur program-program bagi  menyediakan panduan dan bimbingan sebagai satu penyelarasan untuk para jemaah menerima keadaan di Tanah Suci.

Profil Pengerusi Eksekutif