Permohonan Visa

PERMOHONAN VISA UMRAH DAN ZIARAH
Para jemaah perlu menyediakan:
Dokumen 1, 2, 3 & dokumen tambahan mengikut keperluan
1- Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
2- Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% .
3- Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.
 
PENGUMUMAN
PERATURAN  BARU PERMOHONAN VISA UMRAH YANG DITETAPKAN OLEH KEDUTAAN ARAB SAUDI

Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah JIKA TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.
Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen
diperlukan :-
1.Suami – salinan sijil nikah;(pengesahan dari Jabatan Agama & Wisma Putra)
2.Bapa kandung – salinan sijil lahir;(pengesahan di JPN & Wisma Putra)
3.Adik beradik lelaki kandung (18 tahun ke atas)– salinan sijil lahir ke dua-duanya(pengesahan di JPN & Wisma   Putra)
4.Bapa saudara kandung (sebelah bapa)–sijil lahir jemaah,sijil lahir bapa dan sijil lahir bapa saudara,surat akuan sumpah izin daripada bapa jemaah
5.Datuk kandung - surat beranak jemaah dan surat beranak ibu/bapa dan surat keizinan bapa jemaah,Andalusia tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan visa umrah sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi  peraturan –peraturan tersebut di atas.
**Kesemua dokumen ini perlu disahkan di Wisma Putra.
 
PENGUMUMAN
PER : PEMBATALAN PAKEJ AKIBAT PENOLAKAN VISA KEPADA JEMAAH WANITA / LELAKI BAWAH UMUR TANPA MAHRAM
Sehubungan dengan isu penolakan visa bagi wanita/lelaki bawah umur 18 tahun tetapi tanpa mahram,Andalusia akan hanya memulangkan SEMUA jumlah bayaran yang telah dibayar DENGAN SYARAT, set beg lengkap dan buku panduan dipulangkan semula kepada Andalusia dengan keadaan yang baik (belum digunakan).Walaubagaimanapun, Andalusia TIDAK akan memulangkan SEMUA jumlah bayaran bagi ahli keluarga lain yang mengiringi wanita/ lelaki tersebut yang ingin membuat pembatalan pakej.Sekiranya mana-mana ahli keluarga wanita/lelaki tersebut yang ingin membatalkan pakejnya,peruntukan terma-terma pembatalan di bawah Jadual 4, Akta Industri Pelancongan 1992 adalah tetap terpakai.
 
Arahan Pengurusan,
ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD

Pendaftaran umrah

    Bilik Invalid Input

    Tarikh Invalid Input
    Pakej Invalid Input

    Bil Jemaah
    Dewasa Invalid Input Kanak-kanak Invalid Input*Orang
  1.  
  1. Nama Penuh
    Invalid Input
  2. No. Tel (HP)
    Invalid Input
  3. E-mel
    Invalid Input
  4. Alamat
    Invalid Input
  5. Anti-Spam
    Anti-Spam   RefreshInvalid Input

Berita Terkini

Perjanjian Bersama Turkish Airlines

Andalusia telah menandatangi kontrak perjanjian duahala antara malaysia dan Turkey

PERATURAN PERMOHONAN VISA

Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.

Photo Album

Tentang Kami

Andalusia Travel & Tours Sdn.Bhd merupakan pengelola jemaah umrah dan haji dengan tawaran pakej harga ekonomi.

map

Hubungi Kami

Alamat : No.9 Jalan Belangkas Off Jln Kg Pandan Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-9283 1588
Faks: 03-9283 7566
You are here: HomeMaklumat AMPermohonan Visa
Scroll to Top