Andalusia
Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. 9, Jln. Belangkas,
Off Jalan Kampung Pandan,
Taman Maluri,
55100 K. Lumpur
office (03)
9283-1588
fax (03) 9283-7566
hunting (03) 9285-4530
Tentang Umrah
Q: Apakah dokumen-dokumen dan perkara
yang diperlukan bagi memohon visa umrah?
A: Bagi warganegara Malaysia, dokumen dan perkara berikut adalah
diperlukan:
Q: Bilakah dokumen/ perkara ini perlu
diserahkan?
A:
Semua dokumen perlu diserah dalam masa 30 hari dari tarikh
penerbangan. Bagi jemaah yang memilih pakej umrah pada bulan
September (Ramadhan) dokumen hendaklah diserahkan selewat-lewatnya
pada 15 Ogos 2007.
Q: Saya adalah warganegara asing. Apakah
dokumen diperlukan untuk pemprosen visa umrah?
A: Bagi warganegara asing perkara diperlukan bagi membolehkan
Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. memproses umrah:
Q: Saya mempunyai pembantu rumah
warganegara asing. Bolehkah saya bawa dia bersama untuk mengerjakan
umrah?
A: Pembantu rumah yang ingin ikut serta perlu diiringi oleh majikan
mereka.
Tentang Pakej Pelancongan
Q: Saya ingin membuat tempahan
pelancongan ke luar negara. Apakah yang perlu saya lakukan?
A: Tuan/ Puan bolehlah membuat tempahan di Andalusia Travel & Tours
Sdn. Bhd. sekurang-kurangnya dalam tempoh 44 hari bekerja sebelum
tarikh berlepas. Pembayaran pendahuluan sebanyak RM500 perlu dibuat
sewaktu penempahan. Tiada penempahan akan dibuat tampa bayaran
pendahuluan. Pembayaran pendahuluan ini tidak dikembalikan setelah
penempahan diluluskan. Pembayaran penuh hendaklah dibuat
selewat-lewatnya 14 hari bekerja sebelum berlepas.
Q: Apakah kemungkinan pakej pelancongan
dipinda?
A: Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak membuat sebarang
pindaan kepada jadual perjalanan dan tempat penginapan yang
disenaraikan tanpa/ dengan notis atas sebab-sebab operasi
pelancongan.
Q: Apakah terjadi jika pakej dibatalkan?
A: Andalusia Travel & Tours Sdn. berhak mengubah tarikh atau
membatalkan pakej pelancongan atas sebab-sebab peperangan, mogok,
bencana alam atau lain-lain perkara diluar kawalan syarikat serta
pakej yang kurang daripada 15 orang. Walaubagaimanapun, setiap
pembayaran akan dikembalikan.